Blog EntryNabi laknat perempuan nipiskan bulu kening Jul 4, '07 10:46 AM
for everyone

Nabi laknat perempuan nipiskan bulu kening

* FIRMAN Allah bermaksud: "Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang
beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara
kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain
daripada yang nyata (mesti terbuka daripada bahagian badannya yang sangat
perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan). Dan
hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai
ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya),
kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya,
anak-anak suaminya, saudara-saudaranya, anak-anak saudara lelaki, anak-anak
saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya,
lelaki yang menjalankan kewajibannya tetapi tidak mempunyai keinginan
(terhadap perempuan - umpamanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua
dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan) dan kanak-kanak yang
belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah
mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yang
tersembunyi (misalnya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka
atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak). Dan taubatlah kamu
semuanya kepada Allah, hai orang yang beriman, supaya kamu beruntung."
(Surah an-Nur, ayat 31)

* Wahai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu
dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab
(baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali.
Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun, lagi Maha
Penyayang. (Maksud surah al-Ahzab, ayat 59)

* Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung
rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di
dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan
mahramnya. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

* Menurut Bukhari, Nabi Muhammad saw melaknat perempuan yang mencukur
atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.
(Hadis riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)

* Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian, kemudian melewati suatu
kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap
melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina. (Hadis riwayat Nasaii, Ibn
Khuzaimah dan Hibban)

* Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya
dikikirkan giginya. (Hadis riwayat at-Thabrani)

* Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik,
yang merubah ciptaan Allah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

* Asma binti Abu Bakar menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang
tipis. Sabda Rasulullah: "Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang
telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali
pergelangan tangan dan wajah saja." (Hadis riwayat Muslim dan Bukhari.

* Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada
menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Hadis
riwayat at-Tabrani dan Baihaqi).

Semoga anda mendapat iktibar dan pengajaran daripada petikan hadis di
atas. Wallahu a'lam bissowab.

 

abi: nipiskan bulu lain


haslindamdyunos wrote on Jul 4, '07
Assalamu'alaikum ya akhee.............syukran jazilan kathiran..............Hadis-hadis nya semua bagus...........insya'allah semoga ia menjadi suatu peringatan pada diri ini..............wassalam dari Siti Nur Fazurah........*smile*
layangsari wrote on Jul 4, '07
thanks to for sharing..
iktibar buat diri..
hoka6e wrote on Jul 12, '07
post more please...
abialya wrote on Jul 12, '07
sedikit yg ade
Add a Comment
   
© 2008 Multiply, Inc.    About · Blog · Terms · Privacy · Corp Info · Contact Us · Help