Blog EntryTidak salah orang Islam ke pusat hiburanJul 19, '07 10:29 AM
for everyone
Tidak salah orang Islam ke pusat hiburan
19-07-2007 04:07:06 PM

KUALA LUMPUR:  Tiada akta atau enakmen kesalahan jenayah syariah negeri-negeri yang memperuntukkan mengenai kesalahan kunjungan orang Islam ke pusat-pusat hiburan, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Abdullah Md Zin berkata ini menyebabkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempunyai kuasa yang terhad untuk mengambil tindakan terhadap orang Islam yang mengunjungi premis-premis berkenaan.

"Masalah utama yang dihadapi Jakim dalam menguatkuasakan kesalahan berkenaan ialah dari segi bidang kuasa iaitu kuasa mengkanun dan menguatkuasakan undang-undang kesalahan syariah adalah di bawah bidang kuasa negeri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Sharifah Azizah Syed Zin yang meminta Jakim menyatakan bidang kuasanya dalam menguatkuasakan undang-undang di semua pusat hiburan yang menerima kunjungan orang Islam terutamanya remaja.

Menjawab soalan Senator Datuk Ismail Kassim mengenai aspek pemantauan Jakim berhubung perkara itu, Dr Abdullah berkata Jakim sentiasa memantau dari masa ke semasa perjalanan hal-ehwal agama Islam berdasarkan enakmen yang diperuntukkan kerajaan negeri atau akta bagi Wilayah Persekutuan.

Dr Abdullah bagaimanapun menegaskan bahawa selain tindakan undang-undang Jakim lebih mementingkan pendekatan pendidikan supaya kesedaran berhubung ajaran Islam timbul dari dalam diri individu muslim itu sendiri.

"Kita tahu negeri-negeri yang ketat melaksanakan undang-undang, (tapi) jika tidak disertai dengan pendidikan yang cukup tidak sampai ke mana juga.

"Jadi kita merasakan pendidikan adalah pendekatan yang baik, selain daripada itu kalau melampau sangat barulah diambil tindakan," katanya. BERNAMA



nomuk3n wrote on Jul 19, '07
Td masuk berita TV3,
Ini mcm mmg punahla bangsa KU....
Geram cheq, yg jawab tue pengarah JAKIM....
Patut ISLAM kat mesia tak maju2 walau ader Jabatan Kemajuan Islam Malaysia..
anakabiummi wrote on Jul 19, '07
selagi mana Hukum Tuhan diabaikan,cenggini la jadinyer.. caca marba
Add a Comment
   
© 2008 Multiply, Inc.    About · Blog · Terms · Privacy · Corp Info · Contact Us · Help