Blog EntryJAIS = MAIS with EXCOApr 29, '08 1:10 AM
for everyone
Antara yg menarik dari response peserta/staff yang menghadiri program himpunan bulanan MAIS / JAIS tempohari,
 
1) seluruhh staff pakat nak turun, tidak mahu terkecuali. Kalau dahulu terlalu ramai nak melarikan diri atas pelbagai sebab
2) first time dlm sejarah kata mereka himpunan tak bercakap hal politik, tetapi memberi motivasi dorongan berdakwah dan bekerja
3) sebahagian besar staff yg dah pun PAS dari dulu mendapat semangat baru
4) Dato' Mufti pun hadir, kebiasaan beliau tak hadir program2 sedemikian apa tah lagi yg dianjurkan oleh UMNO sbeleum2 ini.
5) bermula hari itu surau JAIS/MAIS terus imarah ketika zuhur beserta kulliyyah... tap pernah dalam sejarah surau tersebut penuh kata mereka. Sekarang tak mencukupi... Tak pernah dibenarkan kulliyyah+usrah, sekarang diminta Dato' PJ, dan disambut oleh unit dakwah
6) Dalam program tersebut dilakukan angkat sumpah bekerja besungguh2, dedikasi untuk Islam, katanay ramai menitis air mata...
7) Kenyataan Pengarah JAIS, seluruh team JAIS/MAIS mengalukan segala perubahan yg dibawa oleh Dato Hasan, dan mereka akan sokong sepenuhnya setiap kerja utk Islam yg nak dijalankan.. . Dalam perjumpaan lain beliau mengingatkan anak buah utk ikut arahan dan direction oleh ketua baru dengan ikhlas demi Islam (wallhu'alam. ..., banyak komen reserved utk ini bila memandangkan apa yg dah berlakuk dlm JAIS selama ini...!)
 
 
 
Itulah kuasa namanya....
Nabi Muhammad mahukan kuasa diambilk dari orang yang gila kuasa demi nak memastikan ISLAM tertegak di bumi Makkah sampailah ke hari ini. Moga Tuah berkati...!
 
 
Wallahu'alam.
 
 
p/s - Dato SS Mufti nampaknya dalam setiap pgm bersama Exco hadoir tanpa putus, sedangkan dalam pgm2 bersama Exco / MB dulu beliau tak turun kebiasannya. Dalam forum di staidum malam itu beliaulah yg menjadi penyambut tetamu dan rakyat yang hadir. 
 
 
 
 
UTAMA arrow ARKIB arrow Berita Semasa arrow EXCO HADIRI PERHIMPUNAN BULANAN BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH
EXCO HADIRI PERHIMPUNAN BULANAN BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH Print
ImageShah Alam - YB Dato' Dr. Haji Hassan bin Mohammad Ali, Pengerusi, Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Istiadat Melayu, Insfrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, telah melapangkan masa menghadiri majlis perhimpunan bulanan di Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam pada 07 April 2008 yang lalu.

Bangunan Sultan Idris Shah (BSIS) adalah bangunan yang menempatkan beberapa Institusi Islam iaitu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Mufti Negeri Selangor dan Lembaga Zakat Selangor (LeZaS) yang secara langsung adalah di bawah kawalan EXCO Hal Ehwal Islam.

 Perhimpuan bulanan yang dipengerusikan oleh Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Selangor telah dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Khairuddin Haiyon kemudian disusuli dengan nyanyian lagu Negeri Selangor dan lagu “Negaraku” dengan diiringi oleh koir JAIS dibawah pimpinan En. Mahzan bin Abdul Manan. Bacaan ikrar perkhidmatan awam yang diketuai oleh Ustaz Nordin bin Bayadi juga telah dizahirkan oleh pegawai dan kakitangan yang hadir bersama tetamu kehormat.

Sementara itu, YB Dato’ Dr. Haji Hassan bin Mohamad Ali, dalam ucapannya mahukan warga kerja BSIS wujudkan suasana kerja yang menyeronokkan, sentiasa bersikap optimis dan mahu menjadi pekerja yang terbaik. Beliau mahukan semua warga kerja apabila diberi tugasan mereka akan berasa seronok dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugasan yang diberi.

Beliau juga mahukan warga kerja BSIS menanamkan sifat-sifat kerohanian dalam diri mereka, selalu bersabar, bersifat baik, serta sentiasa berbaik sangka sesama warga kerja dan melaksanakan tugas dengan penuh keikhlasan serta menghindari diri dari gejala rasuah.

Turut hadir, YAD Dato’ Setia Haji Mohd Adzib bin Mohd Isa, Pengerusi, Majlis Agama Islam Selangor, SS Dato’ Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi, Pengarah, Jabatan Agama Islam Selangor, SS Dato’ Setia Haji Mohd Tamyes bin Abdul Wahid, Mufti negeri Selangor, En. Mohd Shahir bin Makhtar, Pengurus Besar, Lembaga Zakat Selangor, Tuan Haji Ali bin Mohamed, Timbalan Pengarah, JAIS serta Pegawai kanan, JAIS, MAIS, Jabatan Mufti Negeri Selangor dan Lembaga Zakat Selangor.

                                                            

ImageImage
 
ImageImage
ImageImage
ImageImage
ImageImage

Add a Comment
   
© 2008 Multiply, Inc.    About · Blog · Terms · Privacy · Corp Info · Contact Us · Help